Sunday 8 December 2013

Banjir Datang Lagi

Semakin teruk banjir kali ni berbanding tahun lepas dan dikatakan terburuk sejak 1971. Rumah tuan presiden H66 turut tenggelam bersama dengan rumah Bahar dan Yong. Dalam sekelip mata air masuk kedalam rumah dan barang2 rumah terus tenggelam. Talian komunikasi terputus menjadi lebih sukar bantuan diberikan kepada mangsa yang terlibat, hanya pada hari Jumaat dapat dilihat bantuan mencurah datang.

Semoga mangsa2 banjir bersabar dan redha dlm menghadapi bencana alam ini. Kepada yang tidak terlibat janganlah anggap banjir ini sebagai suatu pesta datang meramaikan dan menyesakkan tempat kejadian.
Rumah presiden H66 pada hari kejadian


Jalan utama Kuantan ke Kemaman yang ditenggelami air


Tahniah Yong dan Jid begitu tangkas membantu ATM, 5 heli serentak terpaksa
dipunggah ration..begitulah faedahnya kayuh basikal memberi tenaga ketika kecemasan


Yong dan Jid bertugas membantu ATM di padang sekolah SMC


Bulat dan Yong serius berbincang masalah banjir di Kemaman


Ayie dan Mie Kayu membuat kunjungan ke penempatan banjir



Otai2 superbike SBM turun ke Kuantan dan Kemaman memberi bantuan

Misi bantuan dari SBM sampai kerumah Kudir

Abam Shah melakukan kunjungan ke rumah presiden H66 selepas air surut


Monday 25 November 2013

Selamat Pengantin Baru rider H66

Selamat Pengamtin Baru di ucapkan kepada pasangan pengantin Tn. Mjr Shamsudin dan isteri beliau Pn. Zurin. Semoga dirahmati Allah SWT dan berkekalan. Kenduri berlangsung di Muar pada 24hb Nov 2013 di hadiri oleh warga H66.

Berkenalan didalam alam MTB semasa berjambori dan fun ride akhirnya  ke jinjang pelamin. Sungguh manis percintaan mereka berdua.

p/s: admin  rasa macam best jer...mcm teringin jer

Kehadiran rider H66 memeriahkan suasana

Istiadat tentera


free style
abam hj shah..tgh cari calon



Monday 28 October 2013

H66 di Thomson Trail Fun Ride Cameron Highland

H66 bergembira menyertai fun ride di Cameron Highland, penyertaan seramai 22 orang dari Kemaman, Kuantan dan Sepang pada 26hb Okt 2013.


Berlepas dari Kemaman tepat jam 9pagi dan tiba di Heritage Hotel jam 6ptg pada hari Jumaat 25hb Okt, selesai daftar h66 gerak turun ke Habu tempat rumah inap, ianya berdekatan dengan padang khemah tempat event berlangsung.

Tempoh 6 jam adalah mencukupi untuk H66 kayuh santai sambil menikmati keindahan alam, berehat di kg org asli dan selebihnya berhenti akibat kejang otot. Apa-apa pun warga h66 menikmati kayuhan sambil beriadah di CH. 
Sessi poto sebelum berlepas di rumah inap

Posing di tempat pendaftaran Heritage Hotel


Bulat dan Mat Shah bermesra dengan kanak2 org asli



aksi h66 antara awal di CP2




Riang gembira h66 dengan mode santai

sayang sungguh basikal, bini tido kat maner bang Shah

 abg bess kepuasang, sebelum minum teh Boh

gembira kayuh berdua-duan Bulat dan Mat Shah sebelum naik pikap

najid,kekejangan berlaku sebelum ladang Boh Habu

bro Limi, event ke 2 bersama h66, kepenatang dlm rok

Kudir keletihang selepas habis kayuhan, berkat kesabaran Bahar teman beliau didlm trail


Thursday 24 October 2013

Heavy66 to Cameron Highland

Heavy66 kemaman .... 10 org ... pickup sorang lg di Betong.

cuaca cun ...

kudir,pokdin,rudy,fizal,bulat,limi,najid,yong,baha,mejar sam ... gerak dr kemaman sharp 9am.

Najid anak masih di KSH masih semangat utk mengayuh di CH. Semoga anaknya cpt sembuh.

next destination Betong pickup Faiz.

Geng Kuantan ... mat shah bersama family otw. pokyo dan lain2 otw ... semoga semua selamat


berenti solat jumaat di bandar Bentong dan lunch.






Tuesday 8 October 2013

H66 berat nanang di HM Marang

Ramai rider h66 yang gagal di Jamboree Harian Metro Marang, Kuala Terengganu pada 6hb Okt terutamanya Mat Shah rantai putus di km14, ayong dan bulat tayar pancit.  Seramai 20 rider h66 menyertai jamboreee sirkit ke-3 kali ini. Majoriti rider h66 naik lori dan pikap kali ini, syabas h66.

Kudir berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai sweeper tak rasmi selepas menamatkan 6 jam kayuhan dalam 45.9km, itupun selepas kedua2 kaki kerem.


Sedikit menghampakan bila tiada air isotonik disediakan di CP2 dan pisang di CP3.

h66 poto berkumpulan



masih bole senyum sebelum berlepas utk mendaki Bkt Mawi


Danial tempat ke 15 keseluruhan

Bro bulat sudah bersedia dengan bladder bag

Rantai putus alasan yang kukuh untuk Mat Shah naik lori kali ni


Kudir selaku Tn. Presiden jugak tidak terlepas dari masalah kejang otot kaki..beliau menangis tidak dapat menahan kesakitan













Monday 23 September 2013

Tak Kejar Podium

Satu ungkapan yang tepat untuk tim h66 dalam sessi fotografi bersama Harian Metro dalam ruangan Arena sempena event sirkit ke -3 Harian Metro  Mountain Bike Grand Prix di Bukit Mawi,Marang  pada 5 Oktober nanti.

H66 juga berpeluang untuk turut serta pada sirkit di Terengganu kali ni selepas sirkit pertama di Putrajaya dan ke -2 di Kellie Castle Batu Gajah, Perak. Seramai 14 rider dari h66 menyertai sessi fotografi yang dilakukan di Geliga, Kemaman. Yang lainnya gagal atas urusan kerja dan peribadi.


H66 juga menyertai jamboree Hypertrax Gempak yang diadakan di Dengkil pada Ahad, 22 Sept 2013 disertai oleh Yong, Pok ding, Danial, Arif Chik dan Faiz.
Berpuashati dengan keputusan penganjur walaupun berlaku sedikit kekecohan pada kedudukan Ariff Chik tempat ke -9

Danial
Pok ding tempat ke -62

Ayong tempat ke 82

bro Faiz dok rok dahh..




Tuesday 30 July 2013

Ramadhan Al-Karim

Seramai 15 ahli H66 menyambut kedatangan bulan Ramadhan dengan mengadakan majlis berbuka puasa di sebuah restoran tersembunyi di Geliga Kemaman. Sebuah bilik ditempah khas untuk anggota H66 menjamu selera sambil berbual kosong. Antara menu yang disajikan oleh restoran adalah tomyam campur, sup ekor, udang masak petai, kerapu masak 3 rasa, ayam masak halia, kailan ikan masin, somtam, telur dadar dan sotong celup tepung. Memang berat nanang menu makanan H66 bersesuaian dengan nama H66. Kayuh dop dan langsung dlm bulan puasa ni.

Ruang bilik yang luas

Ahli H66 yang hadir awal: Mat Shah, Baha, Kudir dan  Bulat

Yong dan Aizi sibuk wasap

Berborak dulu sambil menunggu kedatangan jemputan VIP Jid


Berselera nampaknya Kudir..tetapi majlis akan lebih meriah jika bro Jid sponsor kambing pangang ...
Begitulah serba sedikit paparan blog kali ini..semoga amalan kita di bulan yang mulia ini diberkati Allah SWT


Sunday 2 June 2013

H66 di Jamboree Kemaman

Buat pertama kali jamboree mtb diadakan di daerah Kemaman pada hari Sabtu 1hb Jun 2013. Seramai 7 orang dari H66 membantu sebagai crew di CP. Flag off tepat jam 8pagi dilepaskan oleh timbalan KP Negeri Terengganu. Rider pertama tiba di garisan penamat lebihkurang jam 936pagi. Tahniah.




Ciff faizal bergaya dgn jersi H66




Rider pertama dari Cyclemotion tiba di garisan penamat..sdr  Meon  berasal  dari  Kemaman



Jid dgn rider tempat ke 2. .juga rider kelahiran Kemaman




Rider ke 2 menyarung jersi H66 , rider ke 3
 dan ke 4

Paraglider sebagai salah satu persembahan











Monday 13 May 2013

Jamboree Janda Baik Waterfall Ride 2013

Seramai 20 pengayuh tegar H66 menyertai jamboree di Janda Baik pada 12hb Mei dan kesemuanya melepasi CP.
Walaupun ada jugak rider H66 yang jatuh tergelincir dsb tetapi tiada kecederaan.Penginapan di rumah enap Danau Daun yg di uruskan oleh bro Shahrone amat memuaskan selera H66. Terima kasih bro Shahrone.

Syabas dan tahniah.






Awal lagi dah sumbat lemak(jem) di kolam ikan



Homestay Danau Daun..macam filem Jepang daa, ada pulau plak


setting dan tuning basikal