Saturday 8 August 2015

Jamboree Kuala Berang

Seramai 21 orang pengayuh dari h66 mengisi borang pendaftaran Jamboree Kuala Berang pada hari Sabtu 8hb Aug 2015.

Presidem Baha tidak dapat hadir atas sebab kematian emak saudara di Ipoh.

Beberapa rider beraksi cemerlang kali ini antaranya adalah Yong, Sepu, Aizi dan Man Chendor..kipidap kayuh sampai tertiarap

Homestay yg menarik



danial di kelompok depan

fat bike turut beraksi memberi saingan

Man Chendor beraksi
Sdr Yong tempat 2 Tertutup Terengganu



Sdr Yong, tahniah kipidap

Abg2 Sado h66



Sunday 12 July 2015

Iftar H66 Ramadhan 1436

Kali ini warga h66 berbuka di Geliga pada 2hb Julai, mantan pres Kudir dan abam Mat Shah turut menyertai iftar di Restoran Bangkok, Geliga.


Sungguh meriah walaupun secara sederhana dan menunaikan solat maghrib berjamaah di belakang restoran.

Admin belanje gambo di bawah untuk tatapan semua. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.

P/s: admin dop join sebab balik kapung buka poser atas bas..huhu

tahniah prex Baha menzahirkan iftar h66



mantan prez Kudir sedang memberi kata2 aluan


Asyraf dgn jambunya selfie
nice  caption

Mat Shah turut hadir dari kerteh


bro Aizi tekun mendengar  masalah2 ahli h66

bro bulat menyuarakan rasa puas hatinya kpd aizi serius 


bro Adi tau, Lan  dgn krew kapal

sibuk selfie


ahli h66 mengambil wuduk solat garib


antara yang hadir- Sepu, prez Baha, Aizi, Kudir
latif, Adi, Zaidi, Man Lan
Aysraf, Yong, Bulat, Kamsang Limie Bedul Mat Nor  dll

Sunday 21 June 2015

Jamboree sebelum Ramadhan


Seramai 4 org pengayuh tegar h66 menyertai jamboree Gua Musang pada 13hb June 2015.

Mereka yang tega itu adalah tidak lain tidak bukan pres. Baha, Yong, Pok din dan Aizi.

Walaupun berempat jamboree masih tetap di teruskan demi utk sukan no. 1 yang terchinta,..


**Sempena Ramadan, kayuhan malam akan diteruskan mcm biasa, jam 10mlm. Rout; Geliga-pangkalan pandan-mok cili-bando-geliga..last stop kedai meggi ketam

hanya 4 pengayuh h66 beraksi di Gua Musang

bro Aizi kembali beraksi setelah sakit gastrik pulih


posing di Tasik Kenyir sebelum balik Kemaman



Wednesday 17 June 2015

OilMan Jamboree

6hb Jun 2015

Seramai 25 rider h66 register untuk jamboree Oilman di Kerteh.

Antara muka regular menyertai jamboree kali ini spt Presidem Baha, Najid, Aizi, Yong,Bulat dll.

Rider bro pijai eksiden jatuh pada minit 30 dlm hutan..bro aizi gastrik sehingga merujuk ke klinik berdekatan,


Anyway kipidap guys for next jamboree..




berkumpul sebelum pelepasan







Tengah mencari tempo




bro bulat




bro yong dgn aksinya







bro aizi krem ..gastrik

kesakitan yg teramat sgt ..gastrik





Sunday 11 January 2015

Misi Kemanusian H66 Pasca Banjir

Pada 1hb Januari 2015,  berkumpul di IPD Kemaman warga H66 turun meninggalkan keluarga untuk menyertai misi bantuan kemanusian di ketuai oleh Aizi. Dengan kekuatan anggota seramai 51 orang sukarelawan dari IPD, Grand Livina Kemaman dan H66 sendiri. Berlepas dari IPD tepat jam 12pagi berkonvoi ikut LPT melalui Sg Tong- Permaisuri-Jerteh-Machang-Tanah Merah.

Sebanyak 17 buah 4 x 4 dan sebuah lori 3 tan mengangkut bekalan makanan,  tuala wanita, ubat, pampers dan pakaian.


Tempat pertama yang dilawati adalah pusat pemindahan SMK Belimbing di Jajahan Tanah Merah, tiba 7am.

Antara kampung yang dilawati adalah Kg Lubuk Jong, Kg Kayangan, Kg Sempurna, Kursial di Jajahan Tanah Merah,tiba 10am.

Manakala bro bedul melawati Dabong, Manek Urai :Lama, Manek Urai Baru, Kuala Krai, Tembangan di Jajahan Kuala Krai,mengekori konvoi RTM tiba di lokasi 10am.

Kesengsaraan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila melihat kawasan yang terlibat dengan banjir.

Alhamdulillah, bantuan selamat disalurkan kepada yang memerlukan.


Mesyuarat di IPD Kemaman


Antara sukarelawan


Sedang kumpul derma dari orang perseorangan di rumah TATA

Sedia berlepas


Tiba di SMK Belimbing




Sukarelawan yang keletihan