Monday 24 February 2014

Kayuhan santai h66 di SMART Mega Fun Ride di Kuantan

Pada hari Ahad rider h66 berpeluang menyertai  SMART Mega Fun Ride di Kuantan. Lebihkurang 40 rider h66 berkayuh sekitar bandar Kuantan.

Acara yang paling ditunggu adalah lucky draw, tapi hard luck kepada h66 masih belum memperolehi grand lucky draw setakat ini. Cuba lagi pada event yang lain.


Yang kuat membantu yang lemah



Ada tarikan rupanyer fun ride ni


abam Mat Shah bersama h66 Kuantan




Poto berkumpulan di Teluk Cempedak


Aizi keletihan menunggu lucky draw



Teruk bedul berkayuh kali ni

Sunday 16 February 2014

H66 di Jamboree Parit Yaani, Yong Peng


Tahniah para rider h66 beraksi penuh kemah keming di Parit Yaani, Yong Peng. H66 memperolehi Hadiah Saguhati penyertaan kumpulan teramai.

Bergerak dari Kemaman pada hari Jumaat lebih kurang jam 10pagi dan tiba di homestay Parit Yaani dalam pukul 6pm, sepanjang perjalanan sempat singgah kedai basikal di Segamat dan makan mee Jawa di Chaah.  Menyelerakan hidangan mee Jawa sehingga Presiden menjilat jari..ouch

Malam sebelum kayuhan, bbq kambing beramai2 dengan penuh semangat setiakawan dan di keesokan harinya masing2 kayuh dengan penuh semangat beriltizam melakukan masa terbaik..Trek keseluruhannya terbaik, ramai crew, byk air dan cukup papan arah..syabas penganjur


Bergambar bersama juara dari Amaniz
Bersama Meon..rider h66 minta tips kayuhan

Bergambar di rumah homestay Nurulhuda..terbaik muat 30orang
Kudir bertemu jodoh dgn mee Jawa Kg Desa Temu Jodoh
Bulat dgn crew bbq..kambing + sosej + berger




man teksi kali pertama jamboree bersama H66

Tempat ke - 2 junior- rider ariff cheek

Yong mengganas di Yong Peng..