Tuesday, 8 October 2013

H66 berat nanang di HM Marang

Ramai rider h66 yang gagal di Jamboree Harian Metro Marang, Kuala Terengganu pada 6hb Okt terutamanya Mat Shah rantai putus di km14, ayong dan bulat tayar pancit.  Seramai 20 rider h66 menyertai jamboreee sirkit ke-3 kali ini. Majoriti rider h66 naik lori dan pikap kali ini, syabas h66.

Kudir berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai sweeper tak rasmi selepas menamatkan 6 jam kayuhan dalam 45.9km, itupun selepas kedua2 kaki kerem.


Sedikit menghampakan bila tiada air isotonik disediakan di CP2 dan pisang di CP3.

h66 poto berkumpulan



masih bole senyum sebelum berlepas utk mendaki Bkt Mawi


Danial tempat ke 15 keseluruhan

Bro bulat sudah bersedia dengan bladder bag

Rantai putus alasan yang kukuh untuk Mat Shah naik lori kali ni


Kudir selaku Tn. Presiden jugak tidak terlepas dari masalah kejang otot kaki..beliau menangis tidak dapat menahan kesakitan













Monday, 23 September 2013

Tak Kejar Podium

Satu ungkapan yang tepat untuk tim h66 dalam sessi fotografi bersama Harian Metro dalam ruangan Arena sempena event sirkit ke -3 Harian Metro  Mountain Bike Grand Prix di Bukit Mawi,Marang  pada 5 Oktober nanti.

H66 juga berpeluang untuk turut serta pada sirkit di Terengganu kali ni selepas sirkit pertama di Putrajaya dan ke -2 di Kellie Castle Batu Gajah, Perak. Seramai 14 rider dari h66 menyertai sessi fotografi yang dilakukan di Geliga, Kemaman. Yang lainnya gagal atas urusan kerja dan peribadi.


H66 juga menyertai jamboree Hypertrax Gempak yang diadakan di Dengkil pada Ahad, 22 Sept 2013 disertai oleh Yong, Pok ding, Danial, Arif Chik dan Faiz.
Berpuashati dengan keputusan penganjur walaupun berlaku sedikit kekecohan pada kedudukan Ariff Chik tempat ke -9

Danial
Pok ding tempat ke -62

Ayong tempat ke 82

bro Faiz dok rok dahh..




Tuesday, 30 July 2013

Ramadhan Al-Karim

Seramai 15 ahli H66 menyambut kedatangan bulan Ramadhan dengan mengadakan majlis berbuka puasa di sebuah restoran tersembunyi di Geliga Kemaman. Sebuah bilik ditempah khas untuk anggota H66 menjamu selera sambil berbual kosong. Antara menu yang disajikan oleh restoran adalah tomyam campur, sup ekor, udang masak petai, kerapu masak 3 rasa, ayam masak halia, kailan ikan masin, somtam, telur dadar dan sotong celup tepung. Memang berat nanang menu makanan H66 bersesuaian dengan nama H66. Kayuh dop dan langsung dlm bulan puasa ni.

Ruang bilik yang luas

Ahli H66 yang hadir awal: Mat Shah, Baha, Kudir dan  Bulat

Yong dan Aizi sibuk wasap

Berborak dulu sambil menunggu kedatangan jemputan VIP Jid


Berselera nampaknya Kudir..tetapi majlis akan lebih meriah jika bro Jid sponsor kambing pangang ...
Begitulah serba sedikit paparan blog kali ini..semoga amalan kita di bulan yang mulia ini diberkati Allah SWT


Sunday, 2 June 2013

H66 di Jamboree Kemaman

Buat pertama kali jamboree mtb diadakan di daerah Kemaman pada hari Sabtu 1hb Jun 2013. Seramai 7 orang dari H66 membantu sebagai crew di CP. Flag off tepat jam 8pagi dilepaskan oleh timbalan KP Negeri Terengganu. Rider pertama tiba di garisan penamat lebihkurang jam 936pagi. Tahniah.




Ciff faizal bergaya dgn jersi H66




Rider pertama dari Cyclemotion tiba di garisan penamat..sdr  Meon  berasal  dari  Kemaman



Jid dgn rider tempat ke 2. .juga rider kelahiran Kemaman




Rider ke 2 menyarung jersi H66 , rider ke 3
 dan ke 4

Paraglider sebagai salah satu persembahan











Monday, 13 May 2013

Jamboree Janda Baik Waterfall Ride 2013

Seramai 20 pengayuh tegar H66 menyertai jamboree di Janda Baik pada 12hb Mei dan kesemuanya melepasi CP.
Walaupun ada jugak rider H66 yang jatuh tergelincir dsb tetapi tiada kecederaan.Penginapan di rumah enap Danau Daun yg di uruskan oleh bro Shahrone amat memuaskan selera H66. Terima kasih bro Shahrone.

Syabas dan tahniah.






Awal lagi dah sumbat lemak(jem) di kolam ikan



Homestay Danau Daun..macam filem Jepang daa, ada pulau plak


setting dan tuning basikal


Monday, 8 April 2013

Bro Bulat Masuk Sepital

Kesian bro Bulat kena tahan di wad Kuantan Medical Centre (KMC), sakit betis kaki sebulan lebih selepas balik dari ekspedisi Gunung Cemerung di daerah Dungun.

Terpaksa buat MRI untuk rawatan lanjut. Bak kata omputeh.. Get Well Soon (GWS) atau dalam bahasa ibunda Semoga Cepat Sembuh (SCS) bro Bulat..apa pun tak bole kalau tulis ayat singkat




Tuesday, 2 April 2013

Kayuhan Jeram Kota, Air Putih Kemaman

Tarikh : 30hb Mac 2013, Sabtu
Jarak kayuhan: 32km
Peserta : 57 orang


beri laluan utk logistik hantar stok makanan





rider berendam..sampai lupa basikal dah hilang

posing wajib..santai


ader yg mengelamun, ader yg makan dop abiss lagi


air tenang..jgn disangka tiada boya