Sunday 11 January 2015

Misi Kemanusian H66 Pasca Banjir

Pada 1hb Januari 2015,  berkumpul di IPD Kemaman warga H66 turun meninggalkan keluarga untuk menyertai misi bantuan kemanusian di ketuai oleh Aizi. Dengan kekuatan anggota seramai 51 orang sukarelawan dari IPD, Grand Livina Kemaman dan H66 sendiri. Berlepas dari IPD tepat jam 12pagi berkonvoi ikut LPT melalui Sg Tong- Permaisuri-Jerteh-Machang-Tanah Merah.

Sebanyak 17 buah 4 x 4 dan sebuah lori 3 tan mengangkut bekalan makanan,  tuala wanita, ubat, pampers dan pakaian.


Tempat pertama yang dilawati adalah pusat pemindahan SMK Belimbing di Jajahan Tanah Merah, tiba 7am.

Antara kampung yang dilawati adalah Kg Lubuk Jong, Kg Kayangan, Kg Sempurna, Kursial di Jajahan Tanah Merah,tiba 10am.

Manakala bro bedul melawati Dabong, Manek Urai :Lama, Manek Urai Baru, Kuala Krai, Tembangan di Jajahan Kuala Krai,mengekori konvoi RTM tiba di lokasi 10am.

Kesengsaraan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila melihat kawasan yang terlibat dengan banjir.

Alhamdulillah, bantuan selamat disalurkan kepada yang memerlukan.


Mesyuarat di IPD Kemaman


Antara sukarelawan


Sedang kumpul derma dari orang perseorangan di rumah TATA

Sedia berlepas


Tiba di SMK Belimbing




Sukarelawan yang keletihan






No comments:

Post a Comment